Setahun
Sedar tak sedar, seminggu lagi genap setahun diri ini memasuki alam pekerjaan. Jika diimbau kembali setahun yang telah berlalu, saya masih mengingati bagaimana kali pertama meniti hari sebagai seorang yang bergelar pekerja. Setelah 4 tahun menuntut ilmu di perbukitan Bangi dan berjaya memperoleh sekeping ijazah sarjana muda, akhirnya langkah kehidupan diteruskan dengan bekerja. Alhamdulillah pekerjaan pertama sebagai seorang Jurutera Ujian (Test Engineer) di sebuah syarikat aeroangkasa tempatan benar-benar mengajar saya tentang kehidupan berkerjaya. Ia sememangnya dunia yang amat berbeza dengan dunia pelajar. Pembawaan diri amat penting untuk memastikan survival seorang graduan yang telah berkerjaya. Paling penting dalam pekerjaan adalah attitude & aptitude yang positif kerana elemen itu sangat diperlukan untuk menjadi pekerja yang berdedikasi, berintegriti dan memberi nilai tambah kepada organisasi. Jika dilihat dalam pasaran kerjaya, itulah elemen utama yang akan dinilai oleh mana-mana organisasi, besar atau kecil dalam memilih pekerja.
Kadang-kadang saya merenung kembali kehidupan ketika di kampus universiti dahulu. Jika difikirkan semula, banyak sekali ruang dan peluang yang boleh direbut untuk mempertingkatkan kualiti diri. Kadang-kadang timbul sedikit kekesalan memikirkan kehidupan ketika zaman mahasiswa dahulu "banyak main-main" saja dan sering melihat saja peluang-peluang di depan mata. Namun alhamdulillah ada juga pengalaman-pengalaman ketika di kampus dulu yang menjadi bekalan di zaman pekerjaan. Nasihat saya kepada mereka yang masih menuntut, ambillah sebanyak mana peluang untuk memajukan diri kerana ia amat berguna di kemudian hari.
Selama setahun ini juga, banyak dugaan dan ujian yang dihadapi. Paling menguji hati dan minda ialah apabila diri ini dituntut untuk membuat keputusan-keputusan yang penting. Saya belajar daripada pengalaman-pengalaman lalu; bahawa membuat keputusan yang tepat dalam apa jua perkara adalah sangat-sangat mustahak kerana ia menentukan hala tuju di hadapan dan mengelakkan kita menyesal di kemudian hari. Berfikirlah sedalam-dalamnya sebelum membuat sebarang keputusan dan jangan sekali-kali memikirkan kesannya dalam jangkamasa yang singkat. Fikirlah bahawa apa jua keputusan yang kita buat, ada kesannya dalam jangkamasa yang panjang. Dan jangan lupa untuk memohon petunjuk Allah swt kerana hanya Dia sahaja sebaik-baik perancang dan Maha Mengetahui segala-galanya.
Setahun tidak lama, pejam celik masa terlalu pantas berlari. Hidup perlu terus. Saya sedar usia saya di alam kerjaya masih hijau dan masih mentah. Masih banyak yang saya perlu perbaiki dan gali. Namun setahun berlalu memberikan pengalaman dan ilmu yang amat berharga dan tak ternilai harganya. Setahun memberi saya peluang mendekati rakan-rakan sekerja yang datang dari pelbagai latar belakang dan cara hidup. Setahun menyedarkan saya betapa di luar sana masih ramai masyarakat Islam kita yang dahagakan ilmu agama. Setahun mengajar saya kehidupan di atas kaki dan akal sendiri. Setahun itu amat bermakna.
Langkah kaki ini diteruskan untuk fasa seterusnya. Semuanya bergantung pada diri sendiri untuk menentukan hala tujunya.
muhammadz: "Hanya padaMu kami berserah dan padaMu jua kami memohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus..."

Ulasan
semoga berjaya dan dimudahkan urusan dunia dan akhirat
Dah lama cikgu tak beri komen dlm blog ni walaupun setiap hari 'ziarah' blog ni kerana membaca banyak bahan yang bermanafaat. U're a good motivator coz always take the habit of sharing ur knowlwdge and experiences. Keep it up!
Tapi cikgu rasa terkilan jg kerana walaupun dah 1 thn di Melaka tapi kami tak banyak dpt bersua muka dgn Muhammad sbb tgk jadual Muhammad dan kami sama2 pack.Mydin yg dekat rumah Muhammad tu pun tak tiba2 lagi...
Tak apa Muhammad, nanti kita setkan masa berjumpa, makan dan berbual2 lagi.
Apa2 pun yang Muhammad lakukan kami doakan sentiasa diberkati ALLAH SWT dan Muhammad sentiasa di berikan taufiq dan hidayahNYA. Amin. Take care