29 Mei 2010 Sejak subuh hujan turun mencurah-curah. Sejuk betul pagi tu. Terasa nikmatnya bila berkubung dalam selimut yang tebal. Pukul 7.00 pagi kami bersarapan pagi dengan roti dan teh panas sambil menunggu-nunggu hujan reda. Pukul 8.00.. Pukul 9.00.. Pukul 10.00.. Hujan masih lagi turun. Sudah 3 jam kami terperap di ruang tamu apartment sampai tertidur. Kira-kira pukul 11 pagi barulah hujan reda sedikit. Kami mengambil keputusan untuk meredah hujan untuk ke Chevron Renaissance di Surfers Paradise. Asalnya kami ingin ke Q1, menara tertinggi di Gold Coast. Tapi oleh kerana hujan kami menukar plan ke Infinity, sebuah tarikan pelancong yang terletak di pusat membeli-belah Chevron Renaissance. Setelah membeli tiket yang berharga AUD$24.90, kami pun bersiap-siap untuk masuk ke alam fantasi dan cahaya di Infinity. Kami diminta untuk memakai sarung tangan dan kasut yang bercahaya dalam gelap. Pengembaraan dalam infinity sangat mengujakan. Full of surprise! Di dalamnya terdapat bilik...