Gold Coast Trip Day 2
29 Mei 2010
Sejak subuh hujan turun mencurah-curah. Sejuk betul pagi tu. Terasa nikmatnya bila berkubung dalam selimut yang tebal. Pukul 7.00 pagi kami bersarapan pagi dengan roti dan teh panas sambil menunggu-nunggu hujan reda. Pukul 8.00.. Pukul 9.00.. Pukul 10.00.. Hujan masih lagi turun. Sudah 3 jam kami terperap di ruang tamu apartment sampai tertidur. Kira-kira pukul 11 pagi barulah hujan reda sedikit. Kami mengambil keputusan untuk meredah hujan untuk ke Chevron Renaissance di Surfers Paradise. Asalnya kami ingin ke Q1, menara tertinggi di Gold Coast. Tapi oleh kerana hujan kami menukar plan ke Infinity, sebuah tarikan pelancong yang terletak di pusat membeli-belah Chevron Renaissance. Setelah membeli tiket yang berharga AUD$24.90, kami pun bersiap-siap untuk masuk ke alam fantasi dan cahaya di Infinity. Kami diminta untuk memakai sarung tangan dan kasut yang bercahaya dalam gelap. Pengembaraan dalam infinity sangat mengujakan. Full of surprise! Di dalamnya terdapat bilik-bilik yang dipenuhi pelbagai effect cahaya, bunyi dan ilusi. Setiap bilik mempunyai keunikan tersendiri dan sangat menarik. Kamera tak dibenarkan untuk dibawa masuk, so tak dapat la nak tunjuk macam mana keadaan di dalam Infinity tu.
Sebaik keluar dari Infinity, matahari mula memancar cahayanya. Alhamdulillah cuaca semakin baik. Kami bercadang untuk ke Carrara Market, sebuah pasar terbuka yang terbesar di Gold Coast. Tapi kekurangan info mengenai cara untuk ke sana menyebabkan hasrat itu terpaksa dilupakan kerana kami sudah terlepas bas shuttle yang membawa pelancong dari Surfers Paradise ke pasar tersebut. Walaupun agak kecewa, kami meneruskan perjalanan bersiar-siar di sekitar Surfers Paradise sambil mengambil gambar-gambar yang menarik.
Destinasi seterusnya ialah Qdeck, pelantar pemandangan di atas menara tertinggi di Gold Coast, bangunan Q1. Tiketnya berharga kira-kira AUD$17 selepas mendapat diskaun 15% daripada kupon yang terdapat di brochure pelancong. Bangunan Q1 yang mempunyai ketinggian 323 meter merupakan bangunan tertinggi di Australia, bangunan kediaman tertinggi di dunia dan struktur ke 25 tertinggi di dunia. Bangunan 78 tingkat itu juga mempunyai lif antara yang terlaju di dunia. Memang sangat laju. Bayangkan dalam masa beberapa saat sahaja, kami sudah tiba di pelantar pemandangan yang terletak di aras 77. Pemandangan Gold Coast dari Qdeck sangat menakjubkan. Keindahan laut yang membiru, pantai yang memutih, bandar di sepanjang pesisir pantai, Sungai Nerang yang tenang, hutan yang menghijau memukau pandangan mata. It's totally amazing! SubhanAllah! Tidak perlu berbuat apa-apa di Qdeck, cukup sekadar menikmati keindahan alam yang tak dapat digambar dengan kata-kata. Ditambah pula dengan keadaan cuaca yang sangat baik. Simply stunning!
Setelah puas di atas Qdeck (walaupun masih tak puas), saya berjalan sendirian ke pantai Surfers Paradise sebab kawan-kawan masih nak duduk di atas. Petang itu saya menikmati keindahan pantai di waktu petang yang dihiasi burung-burung yang jinak sambil melihat gelagat kanak-kanak bermain pasir. Suhu pada waktu itu semakin sejuk. Tapi ramai yang berehat-rehat di atas pasir pantai bersama keluarga dan kawan-kawan. Dari pantai saya pergi pula ke tebing sungai Nerang berhampiran apartment kediaman kami. Suasana matahari terbenam sangat cantik di sungai Nerang yang airnya bersih dan tenang. Banyak kediaman dan juga apartment pelancong di sepanjang tebing sungai Nerang. Sangat best menikmati suasana senja di taman awam yang bersih dan cantik di tepi sungai. It just can't be described in words.
Malam itu selepas makan kami hanya berjalan-jalan di sekitar Surfers Paradise untuk membuat survey kedai-kedai souvenir yang murah dan banyak pilihan. Kebanyakan kedai yang menjual souvenir pemiliknya adalah chinese dan ada beberapa pemilik kedai yang berasal dari Malaysia. Senanglah nak tawar-menawar. Malam itu kami tidur awal sebab esoknya nak mengembara ke Brisbane pula. Selamat berselimut tebal!
Muhammad: gambar akan diupload kemudian sebab laptop rosak..huhu
Muhammad: gambar akan diupload kemudian sebab laptop rosak..huhu
Ulasan