Catatan

Menjadi 'cikgu'

Imej
Akhirnya saya merasa juga dipanggil 'cikgu'. Bila dipanggil cikgu rasa cukup dihormati. It's an honour for me to be called so . Tapi saya dipanggil 'cikgu' bukanlah kerana mengajar murid-murid sekolah, tapi mengajar staf-staf untuk pertandingan nasyid. Hehe.. Saya dipelawa untuk mengajar staf-staf di Pejabat Perdana Menteri selama lebih kurang sebulan sebagai persediaan untuk menyertai Festival Nasyid Peringkat Jabatan Perdana Menteri (JPM) 2010. Ada dua kumpulan yang perlu dilatih; kumpulan lelaki (Al-Wahid) dan kumpulan wanita (Soutul Jannah). Semua mereka memanggil saya 'cikgu'. Rasa kelakar jugak, tapi depa yang nak panggil saya macam tu. Takpelah, it's ok . Setiap petang selepas waktu pejabat, saya akan ke Pejabat Perdana Menteri (yang kubah hijau tu) untuk sesi latihan. Rasanya polis yang jaga guardhouse tu dah kenal dah muka ni. Mula-mula dia tanya jugak nak pegi mana, lama-lama dah tak tanya dah. Bagi terus je kad pas masuk. Saya memberi kedua-d...

Salam..salam

Imej
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.. Saya kena mulakan dengan salam sebab dah lama tak update blog ni. Saya mohon maaf kepada sahabat-sahabat yang sudi menjadi follower or just reader kerana 'kesepian' yang melanda blog ni. Mungkin kerana hambatan masa dan mungkin juga kerana kemalasan jari jemari tuan rumah blog ini yang menjadi punca. InsyaAllah lepas ni saya akan cuba untuk lebih kerap meng'update' blog ini dengan pelbagai pengisian. Untuk kali ini, tidak ada apa yang saya ingin coretkan. Cuma nak berkongsi gambar-gambar aktiviti Devotees sekitar bulan Februari-Mac 2010. Alhamdulillah, Devotees is still there. Masih lagi menerima undangan untuk persembahan di merata tempat. Terima kasih kepada semua yang masih mengingati dan menyokong kami. InsyaAllah ketika ini kami berusaha sebaik mungkin untuk melahirkan buah tangan terbaru yang telah lama dinanti-nantikan. Doakan yang terbaik untuk kami. Syukran! Lepas Konsert Gema Belia Tumpat dengan UNIQUE. Tak sempat a...

Show Devotees Feb-Mac

InsyaAllah saya dan Devotees akan berada di tempat-tempat berikut untuk persembahan. Kepada yang berdekatan, jemput la datang ye. . Kaed Gallery UIA, Gombak 28 Februari 2010 (Ahad) 8.30 . . Konsert Nazrey Tour De Tahfiz UiTM Jengka, Pahang 6 Mac 2010 (Sabtu) 8.30 malam (postponed to 9th April 2010) . . Konsert Gema Belia Tumpat Kelantan Dataran Tumpat 12 Mac 2010 (Jumaat) 9.00 malam . . Konsert Kesenian Islam Padang Pasir Puteh Kelantan 13 Mac 2010 9.00 malam Mai ramai-ramai!

Makan Besaar

Imej
Alhamdulillah..masih terasa lagi keenakan nasi mandy juadah dari Lubnan yang selesai disantap tengahari tadi sempena 'makan-makan' Ez Qurban. Restoran Al Rawsha yang menyajikan Lebanese Cuisine di Jalan Damai KL menjadi lokasi pilihan. First time pegi situ. Tempatnya agak tersorok tapi kalau tanya orang Bangladesh, diorang mesti tau tempat tu sebab bersebelahan je dengan Kedutaan Bangladesh. Kami memilih bilik yang disediakan di tingkat atas restoran yang memang dikhaskan untuk pelanggan berkumpulan 20-30 orang. Kusyen tempat bersila ala-ala arab disediakan dalam bilik tu. Makan pun kat atas lantai je, baru ada feel. Restoran Al-Rawsha Menu kat Al Rawsha memang banyak. Kalau nak pilih memang rambang mata sebab rasa macam nak try semua yang ada. Atas recommendation , Lamb Mandy dan Chicken Mandy menjadi hidangan utama. Dihidangkan bersama yogurt putih, sambal masam (tak tau nama) dan kuah dal macam nasi beriyani, kombinasinya memang menusuk selera. Jus mangga yang pekat da...

Transisi ke dunia baru

Tahun 2010 yang baru tiba sememangnya memberikan pengertian yang seiring dengan kehidupan baru yang saya tempuhi. Setelah 1 tahun 6 bulan 15 hari berkhidmat di CTRM Aero Composites Melaka, akhirnya tiba juga masa diri terpaksa melangkah kaki ke tempat yang baru. Panggilan telefon pada pada 23 Disember 2009 memang mengejutkan. Hanya berbaki sehari sebelum cuti Krismas, JPA memanggil untuk melapor diri pada 28 Disember! What a surprise! Mulut terasa berat untuk menjawab 'ya' namun keputusan harus dibuat 'on the spot'. Maka bermulalah bebanan perasaan menanggung kesedihan kerana akan meninggalkan sahabat-sahabat sekerja yang sudah dianggap seperti adik-beradik sendiri. Hanya sehari yang tinggal iaitu pada 24 Disember untuk mencurah segala tugasan kepada successor dan bersama dengan 'adik-beradik' di situ buat kali terakhir di tempat kerja. Sungguh berat hati untuk melangkah pergi dari situ. Begitu banyak pengalaman dan kenangan manis yang tak mungkin dilupakan. Kas...

SELAMAT TAHUN BARU 2010

Imej
Selamat Tahun Baru 2010 untuk semua!

SELAMAT TAHUN BARU 1431H

Imej
Assalamualaikum w.b.t. Selamat menyambut Tahun Baru 1431 Hijriah buat semua ahli keluarga, sahabat-sahabat dan seluruh muslimin & muslimat. Semoga Allah swt memberkati usia kita sepanjang tahun yang bakal berlalu dan memberi cahaya petunjuk untuk kita melewati perjalanan di tahun yang baru. InsyaAllah. Ameen.