Catatan

Ramadhan 1430h

Salam Ramadhan kareem untuk semua muslimin dan muslimat. Semoga Ramadhan kali ini memberi pengertian yang lebih bermakna untuk diri kita. Di bawah saya petik artikel Ustaz Zaharuddin untuk panduan kita bersama. Semoga bermanfaat. MARI MAKSIMUMKAN BONUS RAMADHAN Bagi memastikan kesohihan puasa serta mampu memaksimakan pahala dan keuntungan dari Ramadhan, amalan yang berdasarkan nas yang kuat berikut perlu dilakukan:- 1) Berniat dalam hati untuk berpuasa di malam hari . 2) Besahur di akhir malam (yang terbaik adalah jaraknya dengan azan subuh selama bacaan 50 ayat al-Quran secara sederhana) . Nabi SAW bersabda : " Perbezaan di antara puasa kami (umat Islam) dan puasa ahli kitab adalah makan sahur" (Muslim, 2/770). Selain itu, Nabi juga bersabda : "Bersahurlah kamu, kerana pada sahur itu ada barakahnya" ( Al-Bukhari, 4/1923 ; Muslim). Baginda SAW juga menyebutkan bahawa Malaikat sentiasa meminta ampun bagi orang yang bersahur. (Riwayat Ahmad, 3/12 ; Hadith Hasan). Sela...

Al-fatihah untuk Allahyarham Ustaz Asri

Sebaik saja masuk waktu rehat di tempat kerja, saya mengambil kesempatan untuk mengikuti berita-berita terkini. Berita pertama yang muncul di kaca monitor sungguh mengejutkan! Ustaz Asri Rabbani meninggal dunia. Innalillahi wa inna ilaihi raaji'uun...... Al fatihah untuk Allahyarham..semoga sumbangan Allahyarham akan mendapat ganjaran di sisi Allah swt. Takziah untuk keluarga Allahyarham dan juga kumpulan Rabbani.

Waspada!

Situasi mutakhir cukup merisaukan, macam-macam penyakit dan bencana; terutamanya H1N1 dan jerebu. Di Melaka saja, dah 4 orang mangsa H1N1 meninggal dunia. Hospital dan klinik penuh sesak dengan orang ramai yang bimbang tentang keadaan kesihatan mereka. Salah seorang mangsa yang meninggal dunia adalah sepupu kepada kawan saya di tempat kerja. Memang dunia ini kecil saja. Dulu hanya dengar berita tentang selsema babi nun jauh di Mexico, di benua Amerika Tengah yang dipisahkan dengan lautan & daratan yang luas dari negara kita. Namun sekarang, semuanya sudah ada di depan mata. Cukup pantas menularnya wabak bahaya itu. Sama-samalah kita berdoa kepada Allah dan berusaha sebaik mungkin untuk mengelakkan diri daripada dihinggapi virus yang berasal daripada binatang yang diharamkan untuk umat Islam itu. Sama-sama juga doakan mereka yang telah pergi agar ditempatkan di kalangan orang yang soleh dan solehah. Ameen.

adventurous weekend!

Imej
Last weekend, I've had a great exciting time playing paintball with my friends here in Tanjung Bidara Melaka. It's been a long time I don't feel such excitement. Plus the spectacular scenery of the beach, makes me really enjoyed the relaxing moment. Around 9.30 am we arrived at the arena, then made some sightseeing first. Everybody in the team has no experience in playing paintball, all are first timers. That makes us lil' bit nervous. The paintball is quiet different with the common one that we always watch on TV. It took place in a wood which make the 'war' seems real and plus; everyone has to wear the army suit. Posing before the game We're divided into two teams with 5 members each. My teammates are bro rizam, bro idi, bro hairul and azurri; the senior team though I'm still junior.. lol. Before the 'war' was started, we've been given briefing by the marshal and we must wear the face mask; the most vital safety protection for the head and ...

Detik itu tiba lagi

Imej
Waktu amat pantas berlari. Malam siang silih berganti. Hitam putih datang & pergi. Dan tanpa ku sedari. Detik itu tiba lagi. 24 tahun sudah di sini. Di negeri yang fana ini. Tak bertepi nikmat diberi. Tak putus kurniaan rezeki. Semuanya milik Ilahi. Terima kasih Ya Rabbi. Atas segala yang kau beri. Ku pinta hudaMu pimpin diri. Ku damba kasihMu suci hati. Tetapkan iman di sanubari. Sampai saat nafas terhenti. .

Jom Heboh Danga Bay

Imej
Lepas show kat Jom Heboh 30-31 Mei lepas, tak sempat lagi nak update blog ni sebab melalui minggu yang paling busy. Sibuk nak mengejar dan dikejar deadline yang berlambak-lambak. Anyway, alhamdulillah show di Jom Heboh, Danga Bay Johor Bahru berlangsung dengan jayanya. Walaupun cuaca agak panas dan meletihkan, namun pengunjung yang ramai memeriahkan booth Kota Ilmu menyuntik semangat untuk terus melayan kunjungan mereka. Devotees diberi tugas untuk menarik orang ramai untuk berkunjung ke booth Kota Ilmu yang dibawa khas oleh Jabatan Dokumentari Islam TV3. Antara rancangan terbitan mereka ialah Al-Kulliyyah, Al-Hidayah, Jejak Rasul dan lain-lain. Soalannye ialah... Sape cepat die dapat! Kat belakang tu mewarna elok2 ye! Sepanjang 2 hari berada di Kota Ilmu, macam-macam aktiviti yang kami kendalikan untuk semua pengunjung. Kuiz mengenai sirah para Rasul mendapat sambutan hangat sebab soalan-soalannya semua senang-senang. Adik-adik kecik hingga la ke pakcik-pakcik berebut nak jawab soala...

Kem Smart Quran

Imej
InsyaAllah, saya akan sama-sama terlibat dengan Kem Smart Quran yang akan diadakan pada 7-12 Jun 2009 bertempat di Kolej Zaaba UKM. Program ini khas untuk adik-adik sekolah rendah dan sekolah menengah. Klik poster untuk besarkan.