Catatan

2.0.1.1

Imej
SELAMAT TAHUN BARU 2011 SEMOGA TAHUN BARU LEBIH BAHAGIA SEMOGA TAHUN BARU LEBIH GEMBIRA SEMOGA TAHUN BARU LEBIH BERMANFAAT SEMOGA TAHUN BARU LEBIH BERTAQWA INSYA ALLAH mmt: Azam 2011, nak update blog dengan lebih kerap. doakan saya dapat tunaikan azam itu. ;)

Kembara Qurban 2010 : Siem Reap-Phnom Penh Part II

Imej
Hari Kedua (16.11.2010) Usai bersiap-siap dan bersarapan nasi lemak & roti canai, kami bertolak ke destinasi yang paling dinanti-nantikan di Siem Reap ini, pastinya tapak bersejarah Angkor Wat. Tak sabar nak melihat dengan mata sendiri tinggalan artifak yang pernah dicalonkan sebagai antara keajaiban dunia itu. Sedikit latar belakang mengenai Angkor Wat. Ia merupakan kompleks keagamaan yang dibina oleh Raja Suryavarman II pada awal kurun ke 12. Bermakna usia Angkor Wat sudah mencecah kira-kira 800 tahun. Ia dibina berasaskan seni bina Khmer yang cukup kompleks dan proses pembinaannya dikatakan mengambil masa berpuluh-puluh tahun. Angkor Wat adalah bahasa Khmer yang bermaksud "Kota Kuil". Terletak di kawasan yang dipanggil Angkor yang tidak jauh dari bandar Siem Reap. Wah, dah macam cikgu sejarah pulak. Kaunter tiket Angkor Wat Setibanya di kaunter tiket, kami diarahkan untuk turun daripada bas untuk diambil gambar. Setiap pelawat yang ingin memasuki kawasan Angkor Wat d...

Kembara Qurban 2010: Siem Reap-Phnom Penh Part I

Imej
Alhamdulillah. Sekali lagi Devotees berpeluang menjejakkan kaki di Kemboja untuk kali yang ketiga. Kali ini lebih meriah dengan kehadiran Abon, Mu'adz, Hafiedz Udu, Ustaz Erwan IKIM.FM serta peserta-peserta Kembara Qurban. Terima kasih kepada EZ Qurban, terutamanya Ustaz Azhar & Puan Nor'adzimah yang sudi menaja kami ke sana. Juga kepada urusetia Kembara especially Sarah & Siti Noor Syazwana. InsyaAllah di ruang ini saya akan coretkan pengalaman kami sepanjang berada di sana untuk perkongsian bersama. Hari Pertama (15.11.2010) Bangun seawal pukul 2.00 pagi dan bersiap-siap untuk kali terakhir. Bertolak pukul 3.00 pagi ke LCCT bersama ayah, dan 2 orang adik Syarah & Safura yang turut sama ke Kemboja. Sampai di LCCT kira-kira pukul 3.30 pagi. Urusetia sudah setia menanti di food court untuk pendaftaran para peserta. Kelihatan ramai juga peserta yang sudah tiba. Devotees yang lain belum kelihatan. Khabarnya kereta yang dinaiki tayarnya pancit. Berat sangat kot haha. M...

Kembara Korban 2010

Imej
InsyaAllah, buat kali yang ketiga sempena Aidil Adha, Devotees akan ke Kemboja lagi. Kali ini lebih menarik, lebih meriah dan pastinya lebih nostalgik. Kembara Korban 2010 anjuran IKIMFM bersama EZ Qurban akan turut disertai Dj Erwan, Dj Maslina, Abon, Muadz & Hafiz Gendang. Terbuka untuk sesiapa sahaja yang berminat. Jom bersama kami ke sana. Maklumat lanjut layari www.ezqurban.org.

Maher Zain in Malaysia!

Imej
Setelah lama tak meng'update' blog ni, saya rasa teruja untuk mencoret sesuatu mengenai seorang penghibur Islam yang semakin memuncak namanya di seluruh dunia, Maher Zain  (MZ)! Alhamdulillah, MZ telah selamat tiba di Malaysia pada 4 Oktober 2010 dan bakal berdepan dengan jadual yang cukup padat sepanjang hampir 2 minggu di Malaysia. Paling dinanti adalah showcase MZ di Auditorium MBSA yang akan dilangsungkan pada 14-15 Oktober 2010. InsyaAllah saya akan hadir pada 15 Oktober. Tak sabar rasanya. Baru sahaja mendengar interview eksklusif MZ di IKIM fm sebentar tadi. MashaAllah, rasa sangat kagum dengan perjalanan hidup dan perjalanan seni MZ. Very inspiring. Saya merasakan ramai peminat-peminat MZ di luar sana yang turut berasa sedemikian. Saya teruja untuk mengulas sedikit mengenai MZ berdasarkan pandangan saya mengapa lagu-lagu beliau sangat diminati dan nama beliau begitu pantas meniti di bibir peminat di seluruh dunia.      My views: Lagu-lagu dalam album Thank Y...

Aidilfitri tiba lagi!

Imej
Salam Aidilfitri untuk semua sahabat. Taqabbal Allahu minna wa minkum wa kullu 'aamin wa antum bikhayrr. Semoga berbahagia di hari yang mulia. Maaf atas segala kekurangan dan kelemahan. Semoga ukhuwah diberkatiNya!

Ramadhan..Tiba masanya..

Imej
Assalamualaikum wbt. Maaf kerana membiarkan laman ini sepi sekian lama. Tak sangka pula follower dah mencecah 110 orang. Terima kasih atas sokongan. Apa pun, kita telah tiba di bulan yang amat dinanti, Ramadhan. Selamat menyambut Ramadhan 1431h. Selamat mengutip segala butir-butir hikmah yang terkandung di dalamnya. Selamat beribadah dengan penuh rasa kehambaan. Moga tarbiyah Ramadhan menjadikan kita hambaNya yang lebih dekat dan taat kepadaNya. InsyaAllah. Doakan agar kita semua diberi kekuatan dan keizinan untuk menempuhi Ramadhan hingga ke titik hujungnya. Ameen.. "Wahai sekalian manusia. Telah datang kepada kamu Ramadhan. Bulan yang penuh keberkatan. Bulan yang difardhukan ke atas kamu oleh Allah ‘Azza wa Jalla puasanya. Di bulan itu pintu Syurga dibuka, pintu neraka Jahim ditutup dan para Syaitan dirantai. Padanya ada satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Barangsiapa yang terlepas peluang meraih rahmat ini, maka sesungguhnya dia itu hakikatnya diharamkan dari rahm...