Catatan

Teks Bercerita Kanak-kanak: Kisah Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail a.s.

Imej
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. (Lagu) Wahai kawan-kawan mari dengar cerita. Kisah dua nabi taat perintah Tuhan. Wahai kawan-kawan tumpukan perhatian. Semoga kita dapat pengajaran. Dengarkan cerita, saya persembahkan, kisah dari al-quran, jadikan ikutan.  Kisah ini tentang pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail A’laihimassalam. Kawan-kawan, Setiap tahun kita menyambut Hari raya Aidil adha, yang juga dikenali sebagai Hari Raya Korban. Tapi, apakah asal-usul sejarah sambutan hari yang mulia ini? Hmm.. Kawan-kawan tahu tak, ia tentang kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail alaihimassalam dalam membuktikan ketaatan kepada Allah. Dari situlah, datangnya ibadah korban binatang ternakan pada hari raya aidil adha yang kita sambut pada bulan Zulhijjah setiap tahun. Ketika umur Nabi Ismail meningkat remaja, bapanya Nabi Ibrahim telah bermimpi bahawa Allah telah memerintahkannya untuk menyembelih anak yang sangat disayanginya. Kisah ini dirakam oleh Allah dalam al-Quran ...

Teks Doa Majlis Perhimpunan Bulanan

Imej
Allahumma Ya Rahman Ya Rahiim,   Segala pujian untuk-Mu Ya Allah, sempena Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Alam Sekitar dan Air pada hari ini, kami menadah tangan memohon rahmat, keampunan dan keberkatan serta petunjuk-Mu. Bimbinglah kami agar sentiasa berada di jalan yang lurus dalam naungan taufik dan hidayahMu. Perbaikilah setiap urusan kami. Hanya kepadaMu kami berserah dan memohon pertolongan.   Kami pohonkan juga ya Allah keselamatan, kesejahteraan, keamanan, kemakmuran dan keberkatan untuk negara kami yang dikasihi, pemimpin-pemimpin yang ikhlas berbakti, serta seluruh rakyat di serata negeri.   Ya Allah, berilah kami keikhlasan dan kekuatan dalam melaksanakan amanah yang telah diberi kepada kami. Jadikanlah kami insan-insan yang sentiasa menghulurkan khidmat bakti dengan penuh dedikasi dan efektif, agar dapat menyumbang kepada kecemerlangan organisasi kami dan perkhidmatan awam secara umumnya, demi kemajuan negara serta kesejahteraan rakyat. Ya Allah, tanamk...

8 Ogos tarikh keramat

Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah. Setinggi-tinggi syukur kepada Allah kerana telah mempermudahkan segala urusan, meredakan segala debaran dan merealisasikan segala harapan. Tanggal 8 Ogos 2014, di suatu petang yang tenang akhirnya saya telah selamat dinikahkan bersama pilihan hati. Seolah-olah sukar untuk dipercayai, kini diri telah bergelar 'suami'. Lantaran hati sering gusar, risau dan kabur adakah diri sudah bersedia memimpin sebuah rumahtangga yang amanahnya begitu berat sekali. Namun segala puji bahi Allah, segalanya berjalan lancar. Bertempat di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin yang tersergam indah, seluruh keluarga tercinta meraikannya dengan penuh kegembiraan. Terima kasih ya Allah atas nikmatMu. Terima kasih sayangku, Siti Noor Syazwana yang sudi menerimaku sebagai imammu. Biar berbagai dugaan dan liku-liku telah dilalui, akhirnya kini hati kita disatukan dengan rahmatNya insyaAllah. Kini bermula episod baru hidupku. Semoga Allah merahmati ikatan per...

hablum minannas

Imej

Doa dipermudahkan urusan

Imej

Doa agar ditetapkan hati dalam hidayahNya

Imej

Doa memohon sifat qana'ah (selalu berasa cukup)

Imej