Catatan

AIM 18, finally we made it to TOP 5!

Imej
Alhamdulillah setelah enam tahun berkecimpung dalam arena nasyid, akhirnya Devotees berjaya juga melangkah ke senarai akhir Top 5 Lagu Nasyid Terbaik untuk Anugerah Industri Muzik ke 18, sebuah acara yang mengiktiraf hasil muzik yang terbaik dan berkualiti. Syukur tak terkira. Lagu Hadirnya Cahaya S.A.W yang didedikasikan buat junjungan mulia Rasulullah s.a.w berjaya menambat hati juri untuk diletakkan sebaris dengan 4 lagi lagu nasyid yang terbaik antara yang terbaik. Tahniah kepada Abd Halim Devotees yang menghasilkan lagu, lirik dan susunan muzik untuk lagu ini. Terima kasih kepada Along Exists yang membantu dalam rakaman lagu ini. Selain itu sentuhan percussion Hafidz Udu yang menyedapkan lagi susunan muzik. Terima kasih juga buat Ustaz Azhar dan Cik Mah Ez Qurban yang banyak sekali membantu dalam menghasilkan album Berjalan Tanpa Henti. Kepada yang belum memiliki album ini, dapatkanlah segera daripada kami. InsyaAllah... terbaekk!! Alhamdulillah, saya juga turut ter...

Tersentuh.....

Imej
Innalillahi wa inna ilaihi raji'un..  Al-fatihah buat Allahyarham  Noramfaizul Mohd Nor, jurukamera Bernama TV yang terkorban akibat terkena peluru sesat di Mogadishu Somalia.  Terpancar kejujuran pada wajahnya. Moga dia tenang dan damai di sana bersama orang-orang yang diredhaiNya. InsyaAllah.... Foto Bernama Takziah buat seluruh ahli keluarga arwah. Tersentuh melihat kedua-dua anaknya yang masih kecil dan isterinya yang tampak begitu tabah menerima suratan takdir. Sama-sama doakan yang terbaik buat mereka. Sama-sama renungi ayat ini: " Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya ."  (Ali-'imran:18...

Jom masak spaghetti bolognese gerenti sedap! ;)

Imej
Kalau raya je mesti ada ketupat, lemang, nasi impit, rendang, lodeh dan sebagainya. Memang rasa tak lengkap raya kalau takde hidangan tu semua. Tapi kalau buat open house, apa kita ubah sikit citarasa dengan menambah hidangan yang lain sikit. Untuk open house raya ni, saya masak spaghetti bolognese dan carbonara. Alhamdulillah memang laku. hehe. Resipi ni saya dah ubahsuai sikit2 daripada source2 asal yang diambil dari en google dan sebagainya. Masih ke'itali'an tapi ada unsur2 kemelayuan supaya orang kita boleh makan. So, nak share la resipi saya ni. Bukanlah nak jadikan blog ni blog masakan. Cuma sekadar nak berkongsi. Ikut je step2 di bawah. Dijamin gerenti sedap. Mula2, tumis bawang besar kuning yang dipotong dadu. Lepas tu, masukkan cili giling. Haa yang ni ikut lidah melayu. Kalau nak pedas bubuh la banyak. Ikut citarasa. Lepas dah pecah minyak. Masukkan daging kisar. Kacau daging hingga warnanya bertukar coklat dan air daging sudah agak kering. ...

Raya 2011: Rendang daging meletop! :D

Imej
Dah takbir banyak2? Jom takbir lagi. Di malam raya ni, tetiba nak pulak nak post resipi. Since saya ni memang minat makan so kena jugak tau cara nak masak. So for the first time, nak kongsi resipi yang saya namakan rendang daging meletop mmt Qlix ! Sejak bertahun2 mak memasak rendang, saya hanya memerhati dan jadi tukang kacau last2 minute. Tapi tahun ni saya buat dari A to Z. So sekarang saya sudah terer masak rendang yehoo. Sila beri tepukan . Resipi rendang ni spesel sebab diwariskan turun temurun. Simple je tapi sedap dan meletop. So di sini saya tunjukkan cara2 nak masak rendang yang memang terbaek ni. Boleh la jadi opsyen untuk resipi raya kali ni. =)  Mula-mula tumis bawang merah besar dengan rempah ratus; kayu manis,  bunga lawang, cengkih dan jintan manis. Tumis sampai layu dan naik bau.  Masukkan pula bahan-bahan yang dikisar: serai, lengkuas, bawang putih,  bawang merah dan halia. Lepas tu masukkan cili kering yang dikisar. Kala...

Aidilfitri menjelma lagi!

Imej
Allahu akbar! Allahu akbar! Allahu akbar!  La ila ha illAllah Allahu akbar!  Allahu akbar walillahilhamd! Alhamdulillah. Sebulan menempuh Ramadhan yang penuh kemuliaan dan keberkatan. Terasa sedih nak meninggalkan Ramadhan. Memanglah kita sentiasa inginkan yang terbaik. Namun sebagai manusia kita pasti terasa ada kekurangan yang ingin diperbaiki. Mudah-mudahan kita berkesempatan lagi bertemu Ramadhan akan datang. Ameeen.. Kini Syawal pula menjelma. Saya ingin mengambil kesempatan memohon setulus kemaafan atas segala salah dan silap termasuk kemalasan mengupdate blog ini . Semoga ukhuwah lebih erat insyaAllah. Kalau di bulan Ramadhan kita boleh menahan diri daripada perkara2 yang tak baik, teruskanlah di bulan Syawal dan bulan2 seterusnya. Moga kita dapat istiqamah. Raikan aidilfitri dengan penuh kesyukuran dan bersederhana. Eratkan ukhuwah sesama keluarga, saudara-mara, jiran dan rakan2. Semoga meriah dan gembira di lebaran ini. Terimalah e-kad raya purple dari ...

Ramadhan Ya Ramadhan

Imej
InsyaAllah kita semua bakal melangkah ke bulan yang penuh dengan kemuliaan dan keberkatan, bulan Ramadhan. Mudah-mudahan Ramadhan kali ini yang terbaik untuk kita. Semoga kita dapat merebut segala keistimewaan dalam madrasah Ramadhan untuk menjadi hambaNya yang lebih dekat denganNya. Alhamdulillah, Devotees telah merakamkan sebuah lagu khas untuk mengalu-alukan kedatangan bulan mulia ini bertajuk Rindu Ramadhan. Lagu ini dicipta sepenuhnya oleh Abd Halim. Selamat mendengar dan menghayati lagu ini. Semoga bermanfaat dan memberi semangat untuk menyambut Ramadhan! RINDU RAMADHAN Yang tahu persiapkan diri Yang rindu tak sabar menanti Hadirnya setahun sekali Keindahan yang tiada tara Kemuliaannya tak habis dibicara Penuh dengan limpahan maghfirah Ya Ramadhan Rindu...Aku rindu Rindu pada kedatangan Bulan yang padanya keberkatan (2x) Ya Allah tolong sampaikan hajatku Untuk berpanjangan Nafasku hingga pengakhiran (2x) Lirik/Lagu: Abd Halim...

Summer in Seoul Part IV

Imej
Hari Kelima [4 Julai 2011] Alhamdulillah cuaca hari ini sangat baik seperti yang diramalkan. Destinasi hari ini semestinya lokasi yang terkenal dengan drama Winter Sonata, Nami Island! Perjalanan hari ini agak jauh sebab Nami Island bukan di dalam area Seoul, tapi terletak di  Gyeonggi   province. Dari Sinchon kami menaiki tren ke stesen Wangsimni, lepas tu tukar  Jungang line untuk ke stesen Mangu. Di stesen Mangu tukar lagi line Chuncheon untuk ke Gapyeong. Gapyeong ni adalah sebuah daerah countryside yang terkenal dengan keindahan semula jadi. Di area Gapyeong lah inilah Nami Island terletak. Perjalanan sepanjang ke Gapyeong dihiasi dengan pemandangan yang cukup indah. Bukit bukau yang menghijau & sungai yang mengalir tenang memberi santapan mata yang memukau pandangan, mengingati pada kekuasaanNya.  Dalam tren ke Gapyeong Tiba di stesen Gapyeong, kami menaiki bas untuk ke jeti Nami Island. Sampai di jeti, kami menaiki feri yang diberi n...