Catatan

2012: Harapan dan Impian

Imej
Rasanya masih belum terlewat untuk ucapkan 'Selamat Tahun Baru 2012'! Semoga tahun baru ini membawa sinar yang lebih ceria dan bahagia untuk kita semua insyaAllah. Maaflah sebab membiarkan blog ni bersawang dan berhabuk. Ni baru nak vacum balik hehe. Biasalah bila kemalasan selalu datang menghambat walaupun pernah berazam nak update blog ni selalu. Ya Allah lemahnya diri ni nak beristiqamah. InsyaAllah azam lagi untuk rajin update blog. Doakan ya. :) Alhamdulillah masih diberi nyawa untuk hidup di tahun yang baru 2012. Banyak harapan dan impian yang perlu dipenuhi sepanjang tahun ini. Antaranya: Dimurahkan rezki Dipermudahkan perancangan Devotees untuk lebih sukses Meningkatkan amal & ilmu untuk membaiki kekurangan & kelemahan diri Membanyakkan berkawan dengan orang2 soleh (termasuk suami2 soleh) Kerjaya lebih baik Dan banyak lagi..mudah-mudahan tercapai dengan izinNya... Apapun yang diazamkan, langkah pertama mesti dimulakan dengan penuh keyakin...

Tirai baru disingkap

Imej
Sedar tak sedar tahun 1432h sudah berada di penghujung. Cukup pantas masa berlari. Dan pastinya bila tiba saat sebegini, kita cuba menilai kembali apa yang telah berlaku sepanjang setahun lepas. Ya sememangnya  bukan semua yang kita azamkan akan tercapai dengan jayanya. Kita hanya mampu merancang, tapi perancanganNya tidak kita ketahui. Berserahlah harapan kepadaNya agar apa yang dirancang Allah untuk kita adalah yang terbaik. Semoga tahun 1433 bakal membuka lembaran yang lebih manis untuk kita insyaAllah! Hijrahlah ke arah yang lebih baik!   SELAMAT TAHUN BARU 1433H! mmt: antara azam 1433, nak kumpul duit untuk kawin ;)

Salam Aidiladha 1432H

Imej
Bulan Zulhijjah menjelma lagi Bulan mulia lagi diberkati Di dalamya dilaksana ibadah haji Lima rukun Islam dilengkapi Berduyun manusia ke Tanah Suci  Beruntung menjadi tetamu Ilahi Khusyuk beribadah merendahkan diri Melupakan seketika ehwal duniawi Ibadah qurban juga dinanti Dalam setahun hanya 4 hari Ditunaikan dengan seikhlas hati Mengharap redha dari Ilahi   SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 1432H! mmt: Raya kat Kemboja lagi ;)

Cukup cukuplah...

Imej
Kita selalu rasa tak cukup dengan apa yang kita ada. Betul kan kan kan? Sememangnya kita  sentiasa berkeinginan terhadap sesuatu kerana adanya nafsu yang mendorong dalam diri kita. Tambah-tambah lagi bila tengok kawan-kawan ada sesuatu yang baru, kita pun nak jugak. Dah ada phone Nokia, nak iPhone 4, dah ada iPhone 4 nak iPhone 5 pulak. Dah ada laptop nak iPad. Dah ada motor nak superbike. Tak habis-habis. Ish ish.. Itulah kelemahan kita sebagai manusia biasa yang punyai keinginan dan kehendak yang tak berkesudahan. Jadi kepadaNya jualah kita memohon agar diri kita sentiasa cukup dengan apa yang kita miliki. Itulah yang dipanggil sebagai sifat qanaah, berasa puas dengan apa yang ada. Namun qanaah bukan bererti kita malas atau sambil lewa dalam mencari rezeki, tetapi berasa cukup dengan apa jua hasilnya setelah berusaha sedaya upaya. Tiada rasa bimbang, kecewa, putus asa dan marah sekalipun rezeki yang diperolehi tak seberapa. Dan itulah kaya sebenar kerana kualiti jiwa tak ter...

Bahagia dan Tenang

Imej
Kadang-kadang kita rasa down bila menghadapi sesuatu masalah. Ya, masalah itu lumrah dan akan sentiasa datang dan pergi. Habis satu masalah datang lagi masalah dan akan terus begitu hingga kita menutup mata. Itulah kehidupan di dunia. Namun kita amat mengharapkan agar kehidupan di sana tidak 'bermasalah', insyaAllah dengan usaha dan doa dari kudrat hamba yang amat dhaif lagi kerdil.  Saya sering membuka video di bawah untuk menyuntik ketenangan pada setiap pagi sebelum memulakan kerja. Lepas menonton dan mendengarnya, hati lebih lapang dan tenang. Pudar sedikit rasa-rasa gusar dan kecewa (jika ada). Kerana benarlah, kita manusia sering tersalah sangka tentang erti tenang dan bahagia yang sebenar. Memandang benda-benda duniawi sebagai ukuran kebahagiaan. Namun yang hakiki bahagia itu ada pada jiwa yang dekat pada DIA Al-Mutakabbir (Maha Megah, Yang Memiliki Kebesaran). Dan dalam kalamNya, sudah jelas termaktub bagaimana ketenangan yang hakiki itu diperolehi. ...

C.I.N.T.A

Imej
C uba kau selami erti cinta I ndah bila hadirnya mengulit jiwa N adi yang berdenyut terasa kehangatannya T ak terhenti walau sedetik cuma A nugerahNya yang nian bermakna C inta itu amat tulus nan suci I mpian fitrah pada tiap nurani N afsu nafsi bukan matlamat dicari T etapi hanya redha Rabbul Izzati A llah Yang Maha Mengasihani C eritalah kepada mereka I mpian cinta adalah bahagia N amun bukan sekadar mainan bicara T api harapan yang lahir dari lubuk jiwa A manah dalam melayari bahtera C inta yang kukuh terpateri I barat lagu dan melodi N atijahnya tercipta bahagia yang diimpi T eguh istana kasih sejati A zimat menuju syurgaNya yang abadi mmt: Sekadar nukilan di petang yang terluang, bukan jiwang. ;)

Motivasi Daripada Al-Quran: Syukur

Imej
Ketika kita baik mahupun ketika kita jahat, ketika kita ingat mahupun ketika kita lalai, ketika kita kuat mahupun ketika kita lemah, nikmat daripada Allah SWT tak pernah putus. Subhanallah... Maha Pemurahnya Dia kepada kita. Mampukah kita mengira berapa liter oksigen kah yang sudah kita hirup selama ini? Mampukah kita menghitung berapa butir beras yang sudah kita makan selama ini? Itu secebis kecil daripada nikmatNya cuma. Soalan itu terjawab dalam kalamNya ini. klik untuk besarkan Lalu, masih lekakah kita yang daif ini pada nikmatNya yang infiniti banyaknya itu? Syukur atau kufur dua jalan pilihan yang terletak di tangan kita. Lantas jalan manakah yang kita turuti? Ada janjiNya buat dua jalan itu dalam kalamNya ini. klik untuk besarkan Agar lurus hati ini, jua agar tak goyah iman ini dalam mensyukuri kurnia nikmatNya yang tak berhenti dan tak bertepi. Munajat ini terkandung dalam kalamNya buat pedoman diri untuk bermohon kepada Dia yang Maha Mendengar. Moga-moga men...