Catatan

Kem Smart Quran

Imej
InsyaAllah, saya akan sama-sama terlibat dengan Kem Smart Quran yang akan diadakan pada 7-12 Jun 2009 bertempat di Kolej Zaaba UKM. Program ini khas untuk adik-adik sekolah rendah dan sekolah menengah. Klik poster untuk besarkan.

Bangkit semula!!

Imej
Saya baru saja habis membaca sebuah majalah berbahasa Inggeris yang sering mengetengahkan kisah-kisah kehidupan yang memberi sumber inspirasi. Isu fokus yang diutarakan dalam edisi terbaru majalah tersebut cukup menarik; Bangkit Semula! Semua orang pernah mengalami kegagalan dan/atau kejatuhan dalam perjalanan kehidupan. Biar setinggi mana pun kedudukan seseorang itu dan sesempurna mana pun kehidupannya (walau tidak ada yang sempurna), pasti seseorang itu pernah merasai detik-detik yang pahit walaupun sedikit. Penulis J.K Rowling berkata "Kita tidak mungkin akan benar-benar mengenali diri kita dan kekuatan perhubungan kita, sehinggalah kedua-duanya diuji dengan kesukaran." Ramai orang apabila pertama kali merasai kegagalan terus saja ingin membuangnya jauh-jauh. Tidak kira apa jua bentuk kegagalan yang mereka hadapi, sebenarnya dalam kepahitan yang mengiringi setiap kesukaran itu ada pengajaran berharga yang amat berguna. Jika difikir sedalam-dalamnya, kepahitan itu adalah pe...

Setahun

Imej
Sedar tak sedar, seminggu lagi genap setahun diri ini memasuki alam pekerjaan. Jika diimbau kembali setahun yang telah berlalu, saya masih mengingati bagaimana kali pertama meniti hari sebagai seorang yang bergelar pekerja. Setelah 4 tahun menuntut ilmu di perbukitan Bangi dan berjaya memperoleh sekeping ijazah sarjana muda, akhirnya langkah kehidupan diteruskan dengan bekerja. Alhamdulillah pekerjaan pertama sebagai seorang Jurutera Ujian ( Test Engineer) di sebuah syarikat aeroangkasa tempatan benar-benar mengajar saya tentang kehidupan berkerjaya. Ia sememangnya dunia yang amat berbeza dengan dunia pelajar. Pembawaan diri amat penting untuk memastikan survival seorang graduan yang telah berkerjaya. Paling penting dalam pekerjaan adalah attitude & aptitude yang positif kerana elemen itu sangat diperlukan untuk menjadi pekerja yang berdedikasi, berintegriti dan memberi nilai tambah kepada organisasi. Jika dilihat dalam pasaran kerjaya, itulah elemen utama yang akan dinilai ol...

Catatan kembara ke KK

Imej
Hujung minggu baru-baru ni, Devotees diundang untuk menjayakan Gempak Desa Astro (GDA) di Kuala Kedah. Ini adalah kali kedua kami diundang untuk GDA selepas kali pertama di Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Alhamdulillah dah lama tak pi Kedah, la ni dapat rezki pi sana, baguih jugak na..hehe. Kami bertolak dari Astro Bukit Jalil menaiki Kia Carnival siap dengan drebar yang disediakan oleh pihak penganjur kira-kira jam 10 pagi. Sebanyak 4 buah kereta kesemuanya berkonvoi menuju ke arah utara tanah air. Antara artis yang turut sama ke GDA kali ini ialah Zahid, Qhoud AF (betul ke?) , Lotter AF dan Akbar. Memandangkan perjalanan masih jauh dan ramai yang masih belum mengisi perut, so kami singgah sebentar menjamu selera di Hentian Jejantas Sungai Buloh. Setelah semuanya kenyang, kami meneruskan perjalanan menyusuri lebuhraya PLUS yang agak sesak dengan kenderaan. Maklumlah kebetulan cuti hari pekerja. So ramai yang ambil kesempatan untuk balik kampung. Dalam perjalanan, tak banyak benda yang b...

Lonely hobby

Imej
It has been ages since this blog was updated. I juz feel quite lazy lately. Maybe bcoz of work's exhaustion after a day long spending time thinking about ISO, Power 8 (huh wat's that?) and any other work stuff. And perhaps it's bcoz of my loneliness at home for almost a month since my housemate is going to US for training. It's so boring.. and guess what's my new hobby since I am alone? hehe.. COOKING.. That's cool huh.. I cook almost everyday alone with various type of recipe I've learnt from my colleagues or got it via internet. That's so interesting.. The most favorite recipe is exactly the Spaghetti Bolognese.. mm..yummy.. Juz wanna try something Italiano..hehe. I went to the newly opened Mydin Mall near my house to get all the ingredients. The bad thing is the mall was very very crowded with people. To pay at the counter, its just like nak beli tiket bas during raya. I dont know why so many people get crazy with the mydin..haha.. Forget it, back t...

Busy

Once upon a time a very strong woodcutter ask for a job in a timber merchant, and he got it. The paid was really good and so were the work conditions. For that reason, the woodcutter was determined to do his best. His boss gave him an axe and showed him the area where he was supposed to work. The first day, the woodcutter brought 18 trees "Congratulations," the boss said. "Go on that way!" Very motivated for the boss’ words, the woodcutter try harder the next day, but he only could bring 15 trees. The third day he try even harder, but he only could bring 10 trees.Day after day he was bringing less and less trees. "I must be losing my strength", the woodcutter thought. He went to the boss and apologized, saying that he could not understand what was going on. "When was the last time you sharpened your axe?" the boss asked. "Sharpen? I had no time to sharpen my axe. I have been very busy trying to cut trees..." By; Stephen Covey, 7 habit o...

Keindahan Alam..

Imej
Keindahan alam ciptaan Yang Maha Kuasa Mempesona setiap pandangan mata Tak tergambar dengan hanya kata-kata Menusuk rasa kehambaan di jiwa Lantas bibir memuji dan mengagungkanNya SubhanAllah, Maha Suci Allah Yang Maha Esa Begitu hebat lagi Maha berkuasanya Dia Lalu renunglah betapa kerdilnya kita Terdampar di atas alam yang fana Terlalu lemah tiada upaya Hanya bersandar pada kurniaanNya Sedarkah kita? Masih utuhkah keegoan kita? Sering enggan tunduk patuh kepadaNya Sering suka bila membuat dosa Sering benci dan malas pada suruhanNya Aduh… mudah benar kita murka Ya Allah ampunilah hamba Ya Allah kurniakan petunjuk buat hamba Ya Allah jauhkan hamba dari segala dosa Ya Allah rahmatilah hamba Agar langkah ini lurus sentiasa Menuju ke arah taman syurga JanjiMu untuk hamba yang bertaqwa